Selasa, 25 Oktober 2011

Bangkai Makhluk Asing Ditemui



ITAJUBA, Brazil - Satu bangkia makhluk asing ditemui di sini dan dirakamkan pada 26 September 2011 yang berukuran 45 sentimeter tinggi. Bangkai itu dikatakan ditemui oleh seorang pegawai tentera polis, Jose Luis yang berusia 44 tahun dan berasal dari negeri Minas Gerais.


Semasa dia merakamkan imej itu, dia bersama dengan anak lelakinya. Menurutnya, makhluk asing itu mengeluarkan bau yang amat kuat. Namun, bangkai makhluk asing itu hilang degan tiba-tiba selepas empat hari dibiarkan. Imej itu disiarkan di laman YouTube sejak awal Oktober lalu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar